SSPN-i

Saturday, April 10, 2010

Skuad Rusa Juara Piala FA


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Tahniah diucapkan kepada Negeri Sembilan kerana berjaya membawa pulang Piala FA untuk musim 2010. Tuah untuk menjulang Piala FA lebih memihak kepada Skuad Rusa apabila permainan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti sehingga tendangan kali ke 7. Rezal Zambery Yahya selaku ketua pasukan muncul wira apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti didalam keadaan yang begitu genting selepas 2 kali tendangan penalti gagal disasarkan tepat ke gawang gol. Sani Anuar Kamsani harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan sepakan Mat Sabre Abu bagi memastikan kemenangan mutlak milik Skuad Rusa.

Walaupun gagal menjulang kejuaraan, pasukan Kedah juga harus menerima pujian dan syabas kerana memberi persembahan yang baik semasa perlawanan 120minit berlangsung. Seharusnya bagi mereka yang mengambil sepakan penalti perlu lebih tenang, kosentrasi dan yakin untuk memastikan sepakan yang diambil tepat agar masuk kedalam gol. Perasaan gugup dan berdebar tidak sepatutnya berada dalam diri seseorang yang diamanahkan untuk mengambil sepakan penalti. Kegagalan mengawal perasaan akan menyebabkan sepakan menjadi tersasar dan melambung tinggi. Mental dan psikologi yang positif akan memastikan gol yang dicari dapat dihasilkan.

Friday, April 9, 2010

Hobin Jang Hobin...

Seperti yang kita sedia maklum malam ini adalah malam yang pasti ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Malaysia terutama sekali peminat bola sepak. Mampukan Skuad Rusa membawa pulang Piala FA, sudah pasti dengan keyakinan serta semangat yang tinggi mereka akan pulang dengan penuh bergaya. Turun sebagai Gelaran Juara Piala Malaysia, sudah pasti akan menggerunkan pasukan lawan. Jangan takut dengan lawan seandainya maruah dijulang. Tetapi perlu bersedia dan mengatur strategi untuk memecahkan benteng pertahanan bagi mendapatkan kejuaraan. Kami berdoa agar Skuad Rusa akan bergelar Juara Piala FA 2010.