SSPN-i

Monday, January 31, 2011

Boris Shpilevsky Juara Peringkat ke 9

Stage 9, LTDL 2011, Melaka - Nilai.
Hari ini kejayaan memihak kepada Boris Shpilevsky dari pasukan Tabriz Petrochemical Team menjuarai peringkat ke-9 sekali gus berjaya memintas Anuar Manan dalam saingan Raja Pecut. Jersi Biru kekal milik Andrea Guardini dengan kelebihan 19mata terkumpul.
Jersi kuning dan polka dot merah juga masih kekal milik Jonathan Monsalve sebagai pendahulu keseluruhan dan Raja Bukit. Pendahulu Asia nampaknya masih dimiliki pelumba Azad University Cycling Team, Rahim Emami. Esok adalah hari terakhir Le Tour de Langkawi bagi tahun 2011 ini. Mampukah pelumba tempatan memenangi peringkat terakhir esok, sama-samalah kita nantikan.

Robert Foster Juara Peringkat ke-8

Stage 8, LTDL 2011, Kuala Pilah - Jasin.
Pelumba dari pasukan United Healthcare Pro Cycling, Robert Foster berjaya menjuarai peringkat ke-8 selepas kecewa pada peringkat ke-7.

Red Warrior Juara Baru Piala Sumbangsih

Red Warrior muncul Juara dalam perebutan Piala Sumbangsih edisi ke 26 selepas mengalahkan Red Giant 2 - 0. Pasukan Kelantan menempa nama sebagai pasukan ke-13 yang berjaya memenangi Piala yang juga dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah.
Tahniah dan Syabas Red Warrior!!!

Raja Pecut Milik Andrea Guardini

Stage 7, LTDL 2011, Banting - Tampin.
Hanya sehari sahaja Anuar Manan menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut selepas gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan ini.

Friday, January 28, 2011

Piala Sumbangsih : Red Giant vs Red Warrior


Perlawanan pembukaan Liga Super akan berlansung hari ini 29 Jan 2011. Selangor selaku penyandang dan Juara Liga Super 2010 akan menanti kunjungan Kelantan merupakan Juara Piala Malaysia 2010.

Selangor yang turun sebagai pasukan ternama mahu melebarkan kejayaannya setelah mengecap 8 kemenangan sebelum ini. Kelantan yang turun buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Sumbangsih.

Anuar Sarung Jersi Biru

Stage 6, LTDL 2011. Rawang - Putrajaya.
Setelah berhempas pulas, Anuar Manan berjaya mengumpul mata bagi memenangi Jersi Biru selaku Raja Pecut. Sedikit kekecewaan kerana Anuar gagal memenangi perlumbaan peringkat 6 yang dimenangi oleh seteru utamanya pada kejohanan kali ini iaiu Andrea Guardini.
Syabas!!!

Malaysia Ketandusan Pakar Bukit

Stage 5, LTDL 2011. Tapah - Genting Highlands.
Perlumbaan Peringkat ke-5 merupakan laluan yang agak sukar bagi kebanyakkan pelumba. Sekali lagi menampilkan juara baru bagi setiap kategori yang dipertandingkan kecuali Raja Pecut masih kekal milik pesaing utama Anuar Manan iaitu Andrea Guardini.
Jonnatha Monsalve dari Androni Giocattoli yang memenangi peringkat ke-5 terpaksa berusaha keras untuk menyaingi Pelumba Le TuaCycling Team iaitu Libardo Nino Corredor ditempat ke-2. Walaupun Jonnatha Monsalve memenangi perlumbaan peringkat ke-5 ini, dia msaih gagal menyarung Jersi Kuning tetapi harus berpuas hati kerana akan menyarung jersi Polka Dot selaku raja bukit.
Kategori pendahulu Asia turut mencatat pemenang baru iaitu Rahim Emami dari Azad University Cycling Team.

Thursday, January 27, 2011

Takeaki Ayabe Juara Baru

Stage 4, LTDL 2011. Ayer Tawar - Cameron Highland.
Takeaki Ayabe ini muncul juara baru selepas memenangi peringkat ke-4. Sekali gus memenangi Jersi Kuning. Pertama kali untuk pelumba asia mendahului lain-lain pelumba dalam kejohanan LTDL 2011. Laluan pendakian ini memberi kelebihan kepada pakar bukit.

Tuesday, January 25, 2011

Anuar Manan Kekal Jersi putih


Jaguh dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling Anuar Manan sekali lagi terpaksa berpuas hati di tempat ke 2 dalam perlumbaan peringkat ke-3 dari Taiping ke Sitiawan yang dimenangi oleh Marcell Kittel dari Skil Shimano Cycling Team.

Monday, January 24, 2011

Anuar Jersi Putih


Stage 2 LTDL 2011. Kangar-Butterworth
Hari ke-2 Le Tour de Langkawi 2011 membawa khabar gembira apabila Anuar Manan berjaya memenangi jersi putih selaku pendahulu Asia. Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini Neri mengekalkan jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi Biru sebagai Raja Pecut. Raja Bukit milik Koen De Kort dari Skil Shimano Cycling Team masih tidak berubah kerana tiada laluan bukit untuk hari ke-2.

Friday, January 14, 2011

Rahbanun Fil Lail, Wa Fursan Fin Nahar


Rahbanun fil lail, wa fursan fin nahar yakni menjadi rahib di malam hari, singa di siang hari. Ini adalah ungkapan yang sepatutnya tersemat di dalam sanubari setiap anak bangsa Melayu untuk lebih maju kehadapan, bermotivasi serta pemangkin kejayaan. Setiap ungkapan mudah menggambarkan ciri-ciri yang menyeluruh seterusnya membawa diri sendiri setakuk ke atas, selangkah kehadapan.
Setiap dari kita mempunyai impian untuk berjaya. Baik cemerlang dalam pelajaran dan akademik seterusnya hebat di tempat kerja juga tersohor dalam industri usahawan dan perniagaan yang kita ceburi. Tetapi tidak lengkap seandainya suruhan Allah kita terlanjur, solat pula tidak dijaga, halal-haram kita lalai, bekalan akhirat kita abaikan. Bukankah kejayaan itu perlu bersama-sama dunia dan akhirat.

Bagi melancarkan aktiviti harian bermula celik mata hingga ke malam, perancangan seharian perlu kita lakukan agar ia menjadi panduan untuk hari itu. Bangun dan mandi sebelum waktu subuh untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sementara menunggu masuk waktu, membaca Al-Quran sekadar sempat dan mampu. Kemudian membaca al-mathurat selepas solat subuh. Bersarapan sebelum memulakan tugasan harian. Niat agar segala kerja hari ini dirahmati dan diberkati Allah. Bersemangat dan bermotivasi dalam mencari rezeki. Semasa mencari rezeki, digalakkan supaya bersungguh-sungguh kerana penat orang yang bekerja mencari rezeki dapat menghapuskan dosa apabila ia pulang ke rumah. Tatkala berkesempatan, pergilah bersukan atau beriadah di waktu petang. Kerana ia memberi kesihatan yang baik dan membawa kecergasan. Harus diingatkan badan yang sihat menjamin prestasi hidup yang bekualiti. Waktu maghrib disarankan solat secara jemaah bersama keluarga dirumah. Selesai solat, duduk bersama bagi menghayati sebuah hadith. Berkemungkinan, ramai diantara kita mempunyai urusan perniagaan di malam hari dan akan pulang pada lewat malamnya. Tetapi itu bukanlah halangan untuk kita bangun bertahajjud ditengah malam. Yang penting niat untuk melakukannya.

Inilah contoh ringkas pengisian kita sebagai hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat.

Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah kita meneruskan hidup dimuka bumi ini. Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya, kini 2011 membuka lembaran baru buat kita untuk terus melangkau jauh maju kehadapan dengan berbagai azam dan iltizam, kesungguhan dan semangat serta matlamat yang bakal kita harungi dengan penuh cabaran.
Tahun 2010 amatlah berbahagia bagi diri saya kerana pada tahun itu bulan Jun hari ke-10, dengan izin-Nya saya bergelar seorang suami. Dalam masa yang sama memikul tanggungjawab untuk mengetuai dan membimbing serta membentuk sebuah keluarga bagi mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Lebih manis lagi tahun itu juga Allah menganugerahkan zuriat buat saya dan isteri tersayang insyaAllah akan lahir suku ke-2 tahun ini. Semoga zuriat itu nanti akan menjadi seorang yang soleh lagi bertaqwa, bertanggungjawab dan berdisiplin, kesihatan yang baik dan kesempurnaan fizikal, kecerdasan akal yang tinggi, akhlak terpuji, rajin dan patuh dengan tunjuk ajar yang baik, dimurahkan rezeki serta baik budi pekertinya. InsyaAllah.
Dengan disiplin, harapan dan kesungguhan agar tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dari segi amal dan taqwa, dilimpah rezeki yang halal lagi meluas, mencapai kemajuan dan mendapat kejayaan, dikurniakan kesihatan dan emosi yang baik, masa lapang yang berkualiti, diberikan petunjuk dan hidayah serta mendapat keredhaan dan kesempurnaan hidup sebagai hamba Allah.
Juga dijauhkan dari sebarang kemunduran, kesengsaraan, kemalasan, kegagalan, hutang yang membebankan, penyakit, bencana, azab dan malapetaka serta kemurkaan Mu, dihindari dari sebarang dugaan dan dukacita yang tidak mampu ditanggung, dan diselamatkan dari fitnah dajjal dan gangguan syaitan. Amin Ya Rabbal'alamin.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!