SSPN-i

Tuesday, May 31, 2011

Bonda Sultan Selangor Mangkat


KUALA LUMPUR, 31 mei 2011- Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

Kemiskinan Menghampiri Kekufuran

Inilah ungkapan yang terlintas dalam kita mengharungi cabaran globalisasi ketika ini. Segala-galanya perlukan duit tetapi harus diingat duit bukanlah untuk segala-galanya.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).