SSPN-i

Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

Tuesday, June 20, 2017

Zikir Utama Sepanjang Bulan RAMADHAN

Salam Ramadhan buat semua. Semoga dipermudahkan segala yang bermanfaat serta selamat beramal ibadat. Sedikit perkongsian untuk kita semua tetapi sangat bermanfaat.
 
Kalimah Tauhid
 
Istighfar
 
Doa mendapat Keredhaan Allah dan Syurga
 
Doa berlindung Kemurkaan Allah dan Neraka
 
Doa Mohon Keampunan
 
Semoga amalan kita ini menjadi asbab ke jannah...Aamiin. 

 

~Ramadhan 1438~

Wednesday, May 31, 2017

Senarai Tempat Belajar Selepas SPM

Assalamualaikum adik-adik semua dan ibubapa yang sibuk mendapatkan tempat pengajian buat anak yang tersayang. Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Teruskan usaha agar lebh cerah dimasa hadapan.  Bagi yang kurang cemerlang usah khuatir kerana kehidupan sebenar baru sahaja bermula. Percayalah rezei Allah SWT itu sangat luas.
  
 Disini Ayah Chik akan menyenaraikan tempat pengajian yang wajib di pohon bagi adik-adik sekalian sebaik mendapat keputusan SPM. Semoga bermanfaat.

1) UPU.

2) MARA : IKM & KKTM

3) Politeknik :

4) Institut Latihan Perindustrian.

5) ADTEC.

6) Institut Pertanian

7) Institut Kemahiran Baitulmal.

8) Giat MARA.

9) Kolej Komuniti.

10) IKBN & IKTBN.

11) INSPEN. MOHON

Kebanyakan senarai di atas adalah berdasarkan pengetahuan Ayah Chik yang berkait dengan ilmu kejuruteraan dan teknikal. Selamat memohon demi masa depan anak bangsa. Sekian, Wassalam.

  

Friday, May 17, 2013

Hadith Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW... serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat?
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut )
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang bertanya tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
 
(Riwayat Muslim)

Monday, April 22, 2013

Hadith Pertama


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :
" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, November 12, 2011

DOA PELINDUNG DARI FITNAH DAJJAL



"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal".

(Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim





“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)”.

(Sahih JamAl-Bany) Hadith Riwayat i’ shogir 3495/ Bukhari


Ketahuilah oleh muslim sekalian bahawa berlindung dari fitnah dajjal amat perlu lagi penting. Sebab itu Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]".


Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27]



Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa diatas dalam tasyahhudnya.Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah?.
bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya kemungkinan akan murtad.Nauzubillah.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,


"Jika salah seorang di antaramu telah selesai membaca tasyahud akhir, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, dengan membaca:

**Doa diatas


"Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal"


maksudnya :-

"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal"


Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua dari fitnah dajjal.

Tuesday, May 31, 2011

Kemiskinan Menghampiri Kekufuran

Inilah ungkapan yang terlintas dalam kita mengharungi cabaran globalisasi ketika ini. Segala-galanya perlukan duit tetapi harus diingat duit bukanlah untuk segala-galanya.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).

Saturday, April 30, 2011

Amalan Daripada Hadis

Barang siapa yang membaca :

Tasbih - Subhanallah 10x,

Tahmid - Alhamdulillah 10x,

Takbir - Allahuakhbar 10x,

sesungguhnya akan diampunkan kesalahan walaupun sebanyak buih dilautan.

Friday, January 14, 2011

Rahbanun Fil Lail, Wa Fursan Fin Nahar


Rahbanun fil lail, wa fursan fin nahar yakni menjadi rahib di malam hari, singa di siang hari. Ini adalah ungkapan yang sepatutnya tersemat di dalam sanubari setiap anak bangsa Melayu untuk lebih maju kehadapan, bermotivasi serta pemangkin kejayaan. Setiap ungkapan mudah menggambarkan ciri-ciri yang menyeluruh seterusnya membawa diri sendiri setakuk ke atas, selangkah kehadapan.
Setiap dari kita mempunyai impian untuk berjaya. Baik cemerlang dalam pelajaran dan akademik seterusnya hebat di tempat kerja juga tersohor dalam industri usahawan dan perniagaan yang kita ceburi. Tetapi tidak lengkap seandainya suruhan Allah kita terlanjur, solat pula tidak dijaga, halal-haram kita lalai, bekalan akhirat kita abaikan. Bukankah kejayaan itu perlu bersama-sama dunia dan akhirat.

Bagi melancarkan aktiviti harian bermula celik mata hingga ke malam, perancangan seharian perlu kita lakukan agar ia menjadi panduan untuk hari itu. Bangun dan mandi sebelum waktu subuh untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sementara menunggu masuk waktu, membaca Al-Quran sekadar sempat dan mampu. Kemudian membaca al-mathurat selepas solat subuh. Bersarapan sebelum memulakan tugasan harian. Niat agar segala kerja hari ini dirahmati dan diberkati Allah. Bersemangat dan bermotivasi dalam mencari rezeki. Semasa mencari rezeki, digalakkan supaya bersungguh-sungguh kerana penat orang yang bekerja mencari rezeki dapat menghapuskan dosa apabila ia pulang ke rumah. Tatkala berkesempatan, pergilah bersukan atau beriadah di waktu petang. Kerana ia memberi kesihatan yang baik dan membawa kecergasan. Harus diingatkan badan yang sihat menjamin prestasi hidup yang bekualiti. Waktu maghrib disarankan solat secara jemaah bersama keluarga dirumah. Selesai solat, duduk bersama bagi menghayati sebuah hadith. Berkemungkinan, ramai diantara kita mempunyai urusan perniagaan di malam hari dan akan pulang pada lewat malamnya. Tetapi itu bukanlah halangan untuk kita bangun bertahajjud ditengah malam. Yang penting niat untuk melakukannya.

Inilah contoh ringkas pengisian kita sebagai hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat.

Tuesday, November 16, 2010

Allahu Akhbar, Allahu akhbar, Allahu Akhbar


Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, Walillahilham.

Salam aidiladha buat ayah dan mak serta seluruh keluarga di Kampung Kondok dan Klang, keluarga mertua di Melor, rakan-rakan dan semua umat Islam. Kita digalakkan untuk bertahmid, berzikir dan bertasbih sepanjang Hari Raya Aidiladha. Disini saya ingin berkongsi apakah perkara-perkara sunat yang lain dari petikan sebuah blog. Marilah kita manfaatkannya bersama.


Thursday, September 9, 2010

Salam AidilFitri

Salam Aidifitri Minal Aidin Wal Faizin. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat keluarga yang tersayang di Kampung Kondok, Nilai; atuk dan uwan di Felda LBJ dan di Sungai pinang. Juga untuk keluarga yang dirindui di Melor. Tidak lupa kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan dan kenalan. Mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Sunday, August 22, 2010

Surah Al Kahfi (سورة الكهف)

Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Suka saya berkongsi beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi :-
Sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua jumaat".
HR Al-Hakim
Sabda Nabi saw, "Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari gangguan dajjal"
HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud
Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut".
HR Ahmad, Bukhari, Muslim
والله أعلم