SSPN-i

Showing posts with label Piala FA. Show all posts
Showing posts with label Piala FA. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

SKUAD PENYU JUARA PIALA FA 2011


11 JUN 2011 - Stadium Bukit Jalil. (Dari Felda Purun)
Skuad Penyu berjaya menjuarai Piala FA 2011 buat kali kedua selepas menewaskan pasukan jiran, Kelantan. Jaringan cantik dari Skuad Warrior dijaringkan oleh Mohd Nurul Azwan selepas mendapat hantaran bola dari tengah sebelum melepasi perangkap offside pada minit ke 79 perlawanan. Gol penyamaan dari Skuad Penyu terhasil pada minit terakhir perlawanan melalui Ahmad Nordin Alias yang melepaskan tendangan untuk menewaskan Fahmi di pintu gol berjaya ditampan, namun bola yang ditepis depan gol memaksa Daud Su menanduk keluar tetapi gagal kerana bola masuk kegawang sendiri.
Dalam persaingan yang amat mendebarkan dimasa tambahan15minit pertama, masih gagal penghasilan gol oleh kedua-dua pasukan. Gol kejuaraan berjaya diperolehi Skuad Penyu selepas Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol melalui sepakan sudut yang agak terkeluar dalam kotak penalti kemudian dihantar masuk kedepan pintu gol.
Skud Penyu 2 - Red Warrior 1. Syabas dan tahniah!!!

Saturday, April 10, 2010

Skuad Rusa Juara Piala FA


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Tahniah diucapkan kepada Negeri Sembilan kerana berjaya membawa pulang Piala FA untuk musim 2010. Tuah untuk menjulang Piala FA lebih memihak kepada Skuad Rusa apabila permainan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti sehingga tendangan kali ke 7. Rezal Zambery Yahya selaku ketua pasukan muncul wira apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti didalam keadaan yang begitu genting selepas 2 kali tendangan penalti gagal disasarkan tepat ke gawang gol. Sani Anuar Kamsani harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan sepakan Mat Sabre Abu bagi memastikan kemenangan mutlak milik Skuad Rusa.

Walaupun gagal menjulang kejuaraan, pasukan Kedah juga harus menerima pujian dan syabas kerana memberi persembahan yang baik semasa perlawanan 120minit berlangsung. Seharusnya bagi mereka yang mengambil sepakan penalti perlu lebih tenang, kosentrasi dan yakin untuk memastikan sepakan yang diambil tepat agar masuk kedalam gol. Perasaan gugup dan berdebar tidak sepatutnya berada dalam diri seseorang yang diamanahkan untuk mengambil sepakan penalti. Kegagalan mengawal perasaan akan menyebabkan sepakan menjadi tersasar dan melambung tinggi. Mental dan psikologi yang positif akan memastikan gol yang dicari dapat dihasilkan.