Skuad Rusa dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011 selepas menumpaskan Skuad Penyu 2-1. Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol walaupun kelihatan Negeri Sembilan lebih banyak mengawal bola dalam perlawanan ini.
Sunday, October 30, 2011
Friday, October 28, 2011
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
Monday, October 24, 2011
Nilamas

Tahniah dan syabas kepada Nilamas Corp. kerana telah berjaya mendapatkan lesen syarikat komunikasi. Semoga menjadi pesaing baru yang konsisten dan lebih maju dalam setiap penyediaan perkhidmatan komunikasi.
Misi sebagai penyedia teknologi termaju dengan harga yang berpatutan amatlah amatlah dinantikan oleh saya sebagai satu dari jutaan rakyat Malaysia dan juga pelanggan kepada perkhidmatan komunikasi dan hiburan termaju.
Dalam mengejar populariti, diharap agar pihak Nilamas menitik beratkan nilai-nilai murni dan sematkan jati diri anak bangsa dalam program-program yang bakal dilancarkan.
Saturday, June 11, 2011
SKUAD PENYU JUARA PIALA FA 2011

11 JUN 2011 - Stadium Bukit Jalil. (Dari Felda Purun)
Skuad Penyu berjaya menjuarai Piala FA 2011 buat kali kedua selepas menewaskan pasukan jiran, Kelantan. Jaringan cantik dari Skuad Warrior dijaringkan oleh Mohd Nurul Azwan selepas mendapat hantaran bola dari tengah sebelum melepasi perangkap offside pada minit ke 79 perlawanan. Gol penyamaan dari Skuad Penyu terhasil pada minit terakhir perlawanan melalui Ahmad Nordin Alias yang melepaskan tendangan untuk menewaskan Fahmi di pintu gol berjaya ditampan, namun bola yang ditepis depan gol memaksa Daud Su menanduk keluar tetapi gagal kerana bola masuk kegawang sendiri.
Dalam persaingan yang amat mendebarkan dimasa tambahan15minit pertama, masih gagal penghasilan gol oleh kedua-dua pasukan. Gol kejuaraan berjaya diperolehi Skuad Penyu selepas Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol melalui sepakan sudut yang agak terkeluar dalam kotak penalti kemudian dihantar masuk kedepan pintu gol.
Skud Penyu 2 - Red Warrior 1. Syabas dan tahniah!!!

Tuesday, May 31, 2011
Bonda Sultan Selangor Mangkat
KUALA LUMPUR, 31 mei 2011- Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.
Kemiskinan Menghampiri Kekufuran
Inilah ungkapan yang terlintas dalam kita mengharungi cabaran globalisasi ketika ini. Segala-galanya perlukan duit tetapi harus diingat duit bukanlah untuk segala-galanya.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).
Saturday, April 30, 2011
Amalan Daripada Hadis
Barang siapa yang membaca :
Tasbih - Subhanallah 10x,
Tahmid - Alhamdulillah 10x,
Takbir - Allahuakhbar 10x,
sesungguhnya akan diampunkan kesalahan walaupun sebanyak buih dilautan.
Saturday, March 12, 2011
Pertembungan Hebat Dua Juara Bola Sepak
Tuesday, February 8, 2011
Anuar Manan Sekadar Naib Juara Raja Pecut
Stage 10, LTDL 2011, UiTM Shah Alam-KL.
Kejayaan Andrea Guardini menjuarai Peringkat ke-10 memastikan Raja Pecut miliknya apabila Anuar Manan sekadar ditempat ke-3 pada perlumbaan peringkat terakhir dalam persaingan Raja Pecut. Anuar yang gagal mempertahankan gelaran yang dimenanginya untuk musim sebelum ini hanya berjaya mengumpul 101mata berbanding Andrea 117 mata. Juara keseluruhan dan Raja Bukit menjadi milik Jonnatha Monsalve musim 2011 dengan catatan 30jam 8 minit 7saat dan mengumpul 45 mata. Pendahulu Asia musim ini menjadi milik Rahim Emami dengan catatan masa 30jam 9minit 22saat. Pasukan Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh Tabriz Petrochemecal Team sementara Azad University Cycling Team memenangi kategori Pasukan Terbaik Asia.
Monday, January 31, 2011
Boris Shpilevsky Juara Peringkat ke 9
Stage 9, LTDL 2011, Melaka - Nilai.
Hari ini kejayaan memihak kepada Boris Shpilevsky dari pasukan Tabriz Petrochemical Team menjuarai peringkat ke-9 sekali gus berjaya memintas Anuar Manan dalam saingan Raja Pecut. Jersi Biru kekal milik Andrea Guardini dengan kelebihan 19mata terkumpul.
Jersi kuning dan polka dot merah juga masih kekal milik Jonathan Monsalve sebagai pendahulu keseluruhan dan Raja Bukit. Pendahulu Asia nampaknya masih dimiliki pelumba Azad University Cycling Team, Rahim Emami. Esok adalah hari terakhir Le Tour de Langkawi bagi tahun 2011 ini. Mampukah pelumba tempatan memenangi peringkat terakhir esok, sama-samalah kita nantikan.

Robert Foster Juara Peringkat ke-8
Stage 8, LTDL 2011, Kuala Pilah - Jasin.
Pelumba dari pasukan United Healthcare Pro Cycling, Robert Foster berjaya menjuarai peringkat ke-8 selepas kecewa pada peringkat ke-7.
Pelumba dari pasukan United Healthcare Pro Cycling, Robert Foster berjaya menjuarai peringkat ke-8 selepas kecewa pada peringkat ke-7.
Red Warrior Juara Baru Piala Sumbangsih
Red Warrior muncul Juara dalam perebutan Piala Sumbangsih edisi ke 26 selepas mengalahkan Red Giant 2 - 0. Pasukan Kelantan menempa nama sebagai pasukan ke-13 yang berjaya memenangi Piala yang juga dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah.
Tahniah dan Syabas Red Warrior!!!
Raja Pecut Milik Andrea Guardini
Stage 7, LTDL 2011, Banting - Tampin.
Hanya sehari sahaja Anuar Manan menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut selepas gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan ini.
Hanya sehari sahaja Anuar Manan menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut selepas gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)