SSPN-i

Saturday, March 20, 2010

Islam Hadhari

Masih ingatkah kita dengan ungkapan agung ini. Kita seharusnya memahami dan menghayati ungkapan ini bagi membantu kita menjadi seorang yang cemerlang lagi bertaqwa. Islam merupakan agama yang diwahyukan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah ajaran agama Islam ini sempurna dan praktikal. Islam bukan sahaja agama yang menyuruh kita beramal soleh untuk bekalan di hari akhirat, tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan di dunia yang sementara ini.

Hadhari adalah kata lain bagi tamadun. Dalam ketamadunan terdapat beberapa elemen utama yang menggambarkan kesempurnaan sesebuah masyarkat yang gemilang. Dalam KBSM subjek Sejarah tingkatan 4 ada membincangkan mengenai ketamadunan. Bahasa Penghantar, Kerajaan Bersistematik, Ekonomi dan Senibina adalah antara elemen yang membentuk ketamadunan sesebuah masyarakat.

Gabungan Islam Hadhari akan mengembalikan kehidupan kita kepada lebih mantap dalam segenap aspek berbanding sebelum ini yang mungkin kita sendiri memisahkan antara duniawi dan ukhrawi. Adalah menjadi satu kerugian yang amat besar seandainya kita hanya mempersiapkan diri untuk bersaing dalam kehidupan di dunia ini dan ketinggalan mengumpul bekalan untuk dikemudian hari. Sabda Rasulullah SWT:-

"Siapa yang mahukan dunia maka hendaklah berilmu, siapa yang mahukan akhirat hendaklah berilmu, dan siapa yang mahukan kedua-duanya sekali hendaklah denagn ilmu."
Riwayat Al Bahari Wamuslim.
Berdasarkan hadith diatas, ini membuktikan kejayaan dan kecemerlangan didunia, bukanlah penghalang untuk kita menjadi ahli syurga Allah SWT kelak. Semua itu adalah pilihan atas diri kita sendiri. Marilah kita bersama-sama membina Islam Hadhari yang telah diperjuangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG adalah matlamat yang harus kita sematkan dalam jiwa kita agar menjadi pelopor dalam setiap lapangan yang kita ceburi.
Hari berganti hari,
Zaman berberubah maju kehadapan,
Walau berganti Perdana Menteri,
Jangan tinggalkan yang diperjuangkan.

No comments:

Post a Comment