-- nuffnang -->

Qurban

Saturday, March 20, 2010

Islam Hadhari

Masih ingatkah kita dengan ungkapan agung ini. Kita seharusnya memahami dan menghayati ungkapan ini bagi membantu kita menjadi seorang yang cemerlang lagi bertaqwa. Islam merupakan agama yang diwahyukan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah ajaran agama Islam ini sempurna dan praktikal. Islam bukan sahaja agama yang menyuruh kita beramal soleh untuk bekalan di hari akhirat, tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan di dunia yang sementara ini.

Hadhari adalah kata lain bagi tamadun. Dalam ketamadunan terdapat beberapa elemen utama yang menggambarkan kesempurnaan sesebuah masyarkat yang gemilang. Dalam KBSM subjek Sejarah tingkatan 4 ada membincangkan mengenai ketamadunan. Bahasa Penghantar, Kerajaan Bersistematik, Ekonomi dan Senibina adalah antara elemen yang membentuk ketamadunan sesebuah masyarakat.

Gabungan Islam Hadhari akan mengembalikan kehidupan kita kepada lebih mantap dalam segenap aspek berbanding sebelum ini yang mungkin kita sendiri memisahkan antara duniawi dan ukhrawi. Adalah menjadi satu kerugian yang amat besar seandainya kita hanya mempersiapkan diri untuk bersaing dalam kehidupan di dunia ini dan ketinggalan mengumpul bekalan untuk dikemudian hari. Sabda Rasulullah SWT:-

"Siapa yang mahukan dunia maka hendaklah berilmu, siapa yang mahukan akhirat hendaklah berilmu, dan siapa yang mahukan kedua-duanya sekali hendaklah denagn ilmu."
Riwayat Al Bahari Wamuslim.
Berdasarkan hadith diatas, ini membuktikan kejayaan dan kecemerlangan didunia, bukanlah penghalang untuk kita menjadi ahli syurga Allah SWT kelak. Semua itu adalah pilihan atas diri kita sendiri. Marilah kita bersama-sama membina Islam Hadhari yang telah diperjuangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG adalah matlamat yang harus kita sematkan dalam jiwa kita agar menjadi pelopor dalam setiap lapangan yang kita ceburi.
Hari berganti hari,
Zaman berberubah maju kehadapan,
Walau berganti Perdana Menteri,
Jangan tinggalkan yang diperjuangkan.

Saturday, March 13, 2010

Melangkau Lebih Jauh Maju Kehadapan

Alhamdulillah.
Dengan izin dan limpah kurnia Allah swt dapatlah saya memulakan penulisan blog ini yang sekian lama saya inginkan. Dengan niat ingin berkongsi sedikit sebanyak dan mengajak kepada mereka yang singgah disini untuk memperbaharui minda yang mungkin statik sejak sekian lamanya.

"... sesungguhnyab Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
Potongan sebahagian ayat dari Surah Ar-Ra'd.
Bermula dengan penilaian terhadap diri kita sendiri, apakah perubahan yang berlaku terhadap kita sejak 5 tahun kebelakang ini. Dan apa pula perancangan kita untuk 5 tahun kehadapan.
Sebagai contoh, kalau dahulu kita hanya mempunyai pekerjaan dengan kelayakan pendidikan yang kita ada, sudah tentu kita inginkan pula pekerjaan yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau dahulu kita sekadar bermotosikal, sudah tentu kita inginkan kenderaan atau kereta yang lebih selesa dan selamat berbanding sebelumnya. Kalau dahulu kita menumpang atau menyewa, akan datang kita tentu mahukan kediaman sendiri yang tersergam indah. Kalau dahulu kita hidup bersendirian, sudah pasti kita mahukan kehidupan berkeluarga pula. Itulah fitrah manusia normal yang inginkan kemajuan, kesempurnaan dan kejayaan dalam hidup mereka.
Dengan penilaian yang kita lakukan terhadap diri kita sendiri, insyaAllah akan berlaku kemajuan dan peningkatan dalam segenap hayat kita. "Hari ini adalah perjuangan, esok adalah harapan, lusa adalah kemenangan".