-- nuffnang -->

Sunday, October 31, 2010

Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010



Kejayaan Skuad Red Warrior menjulang Piala Malaysia buat julung kalinya selepas cubaan kali ke-4. Sekaligus menjadi pasukan ke-14 berjaya membawa pulang Piala Malaysia yang telah dipertandingkan sejak tahun 1921. Walaupun ketinggalan 1 gol di babak pertama hasil sepakan penalti oleh Shahurain pada minit ke18, Red Warrior telah menunjukkan kesungguhan untuk mencari gol penyamaan. Usaha itu berhasil apabila Hairudin Omar berjaya menterjemahkan pada minit ke-57. Benteng Skuad Rusa semakin rapuh selepas kapten pasukan terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan. Kesempatan itu diambil sebaiknya oleh Badhri yang mendapat lambungan bola yang cantik seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-64. Walaupun Skuad Rusa berusaha mendapatkan gol penyamaan, namun gagal di realisasikan sehingga wisel penamat berbunyi.
Tahniah dan Syabas!!!

Saturday, October 30, 2010

Skuad Rusa Memburu Piala Malaysia 2010


Alhamdulillah, Skuad Rusa akan memburu kejuaraan Piala Malaysia edisi 2010 pada malam ini selepas berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun lepas, malam ini lawan yang sama iaitu Red Warrior menanti untuk perlawanan akhir di Stadium Nasioanal Bukit Jalil. Lawan yang cukup hebat apabila berjaya menumbangkan Red Giant diperingkat suku akhir dan juga berjaya menjinakkan Kenari pada peringkat separuh akhir.
Semoga Skuad Rusa akan terus menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-3 pada tahun ini. InsyaAllah.

Friday, October 15, 2010

Sukan Komanwel Delhi 2010


Sukan Komanwel kali ke-19 telah pun melabuhkan tirainya. Begitu banyak catatan dan memori yang kita perolehi. Baik dari segi penganjurannya mahupun kecemerlangan atlet negara, kita sepatutnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana kepuasan dan kejayaan Malaysia yang membawa pulang pingat emas tertinggi dalam sejarah Sukan Komanwel setakat ini. Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah berusaha keras bagi memastikan kilauan pingat untuk negara menunjukkan peningkatannya.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur kejohahan kerana menyediakan laman sesawang yang begitu terkini laporannya. Tidak lupa kepada Astro Arena, Berita Harian Online, Utusan Online, para wartawan dan juru gambar , serta semua yang terlibat dalam menyampaikan info terbaik dan terkini bagi rujukan dan makluman untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Semoga sukan di Malaysia terus berkembang dan meningkat kecemerlangan di persada antarabangsa.
Walaupun berada ditangga ke-7, kita sebenarnya meningkat dari segi pungutan pingat emas, perak dan juga gangsa. Cuma apa yang perlu MSN, MOM serta Kementerian Belia dan Sukan lakukan ialah bagaimana untuk terus maju dan maju kehadapan dengan kecemerlangan agar setiap kali menyertai kejohanan dan pertandingan kita mengukir kejayaan dan bukan sekadar menyertai semata-mata. Yang sebenarnya, rakyat Malaysia mempunyai potensi dalam setiap lapangan yang diceburi mengikut kelebihan masing-masing. Cuma bakat yang ada perlulah digilap sebaiknya, dilatih sewajarnya, agar masa depan sukan negara akan terus berada diatas suatu ketika kelak. Kita mampu bersaing Thailand untuk sukan SEA, kita mampu bersaing China untuk sukan Asia, begitu juga Australia untuk Sukom, seterusnya mampu bersaing dengan Amerika dan Rusia serta China untik Olimpik, kerana kita dilahirkan juga sebagai JUARA.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Malaysia Boleh!!!
Melethop!!!

Thursday, October 14, 2010

Beregu Lelaki Tunai Janji Untuk Emas Ke-12

Gandingan Kien Kiat dan Boon Heng meneruskan koleksi emas negara dalam sukan Komanwel ke 19 kali ini selepas menewaskan pasangan dari England 21-19, 21-14. Ini membuktikan Malaysia adalah kuasa badminton Komanwel selepas menggondol 4 emas setakat ini dari 6 pingat emas dipertandingkan.
Melethop!!!

Kilauan Emas Ke-11


Badminton terus menjadi lubuk mendulang emas bagi Malaysia selepas Lee Chong Wei memenangi acara perseorangan dengan mengalahkan pemain dari England 21-10, 21-8.
Selepas Rashid Sidek menjadi juara berganda dalam acara yang sama 20 tahun lalu iaitu pada 1990 dan 1994, Chong Wei turut melakar sejarah yang sama selepas memenanginya pada 2006 dan 2010.
Tahniah dan Syabas!!!

Gimnastik Turut Menyumbang Emas


Asyik kita tertumpu di gelanggang badminton, Elaine Koon selaku gimnas negara berjaya membuat juri menghadiahkan Emas buatnya dalam acara Gelung.

Malaysia Boleh!!!

Beregu Campuran Emas ke-9


Hari ini Kontijen Malaysia mempertaruhkan 4 emas seandainya kesemua acara akhir badminton berjaya direbut. Emas terawal untuk hari terakhir Sukan Komanwel ke 19 ini berjaya diterjemahkan oleh beregu campuran gandingan Kien Keat dan Eei Hui. Walaupun bukan pasangan pilihan, mereka berjaya menyumbangkan emas setelah menewaskan gandingan dari England 22-20, 21-12.
Tahniah!!!

Emas Ke-8 Malaysia


Penantian emas selepas dua hari gagal di terjemahkan oleh Kontijen Malaysia, hari ke-11 menjadi jawapan untuk Malaysia terus mengejar emas yang dipertandingkan.
Bibiana Ng berjaya dalam acara 10m pistol udara wanita selepas mengumpul mata tertinggi iaitu sebanyak 481.9mata.
Syabas!!!

Monday, October 11, 2010

Terjunan Emas ke-7

Selepas berjaya menyumbangkan perak semalam, Pandelela Rinong berjaya menghadiahkan Emas buat Malaysia di hari ke-8 Sukan Komanwel New Delhi bagi acara Terjun 10m Platform dengan jumlah mata yang terkumpul sebanyak 371.05 mata..
Tahniah!!!

Bidikan Emas ke-6


Hanya pasangan penembak wanita berjaya menyumbangkan emas buat Malaysia dihari ke-6 Sukom 2010 kali ini selepas Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ayuni Halim berjaya mengutip mata tertinggi iaitu sebanyak 793mata dalam acara air rifle 10m. Ini adalah kali ke-2 Malaysia Berjaya merangkul emas dalam acara tersebut 12 tahun lepas. Syabas!!!

Friday, October 8, 2010

Badminton Beri Emas ke-5


Pasukan badminton Malaysia berjaya memenangi pingat emas ke-5 buat negara selepas menewaskan pasukan tuan rumah India 3-1.
Sehingga 2pagi tadi, Malaysia berjaya mengumpul 5 emas, 5 perak dan 6 gangsa ditempat ke-7 keseluruhan sebelum hari keenam kejohanan bermula pagi nanti.
Syabas!!!

Emas ke 4 dari Squash

Pada hari kelima Malaysia mendapat pingat emas ke-4 selepas Nicol David berjaya diperlawanan akhir squash wanita menewaskan pemain dari England. Tahniah!!!

Perak Hilang Di Hari Ketiga


Mohd Azizul Hasni terlepas emas setelah beliau didakwa melanggar peraturan pertandingan. Walaubagaimanapun Josiah Ng di hadiahkan emas setelah mendapat tempat kedua dalam persaingan akhir acara keirin.

Syabas kepada mereka!!!


Emas ke-2 Malaysia


Aricco Jumith memberi emas ke-2 setelah berjaya dalam acara angkat berat kategori 62kg pada hari ke 2 Sukan Komanwel 2010. Rakan seperjuangan Aricco, Naharudin Mahayudin berjaya meletakkan Malaysia sebagai kontigen terbaik untuk mendominasi 1-2 acara tersebut.

Tahniah Aricco dan Naharudin!!!

Amirul Hamizan Angkat Emas Pertama Komanwel 2010


Alhamdulillah, pada hari pertama Sukan Komanwel Amirul Hamizan Ibrahim berjaya mengangkat emas pertama buat Malaysia dalam acara angkat berat 56kg lelaki. Beliau berjaya mengangkat 116kg dalam disiplin snatch, dan 141kg dalam disiplin clean and jerk, seterusnya mengumpul angkatan berjumlah 257kg. Tahniah Amirul Hamizan!!!