-- nuffnang -->

Tuesday, February 8, 2011

Anuar Manan Sekadar Naib Juara Raja Pecut

Stage 10, LTDL 2011, UiTM Shah Alam-KL.
Kejayaan Andrea Guardini menjuarai Peringkat ke-10 memastikan Raja Pecut miliknya apabila Anuar Manan sekadar ditempat ke-3 pada perlumbaan peringkat terakhir dalam persaingan Raja Pecut. Anuar yang gagal mempertahankan gelaran yang dimenanginya untuk musim sebelum ini hanya berjaya mengumpul 101mata berbanding Andrea 117 mata. Juara keseluruhan dan Raja Bukit menjadi milik Jonnatha Monsalve musim 2011 dengan catatan 30jam 8 minit 7saat dan mengumpul 45 mata. Pendahulu Asia musim ini menjadi milik Rahim Emami dengan catatan masa 30jam 9minit 22saat. Pasukan Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh Tabriz Petrochemecal Team sementara Azad University Cycling Team memenangi kategori Pasukan Terbaik Asia.