SSPN-i

Friday, December 31, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki 2010


Alhamdulillah dengan berkat kurnia Allah SWT, Malaysia dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki 2010 apabila menundukkan Indonesia secara agreget 4-2. Ini adalah hadiah istimewa buat seluruh rakyat Malaysia kerana berbangga menjadi Juara dirantau ini. Ia amat manis bagi saya kerana seluruh rakyat Malaysia tersenyum manis bermula pagi 30 Dec 2010 tanda kepuasan atas kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan bimbingan K RajagAdd Videoopal. Sebaik wisel penamat dibunyikan, pada malam itu semangat saya amat berlainan. Tidak mengantuk malah segar hingga lewat 1 pagi. keesokan harinya apabila keluar rumah untuk memulakan tugas dan tanggungjawab, keadaan jalan raya begitu tenang. Walaupun jalan agak sibuk, tetapi sikap pengguna jalan raya begitu sopan mungkin itulah motivasi yang mereka peroleh hasil kejayaan pasukan bola sepak Malaysia malam tadi. Lebih manis lagi setelah mendapat pengumuman oleh Perdana Menteri, pada 31 Disember diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa semasa menonton berita jam 12 tengah malam.

Syabas dan tahniah!!!

Malasia 3 - Indonesia 0


Stadium Nasional Bukit Jalil, 26 dec 2010 mencatat sejarah dalam sukan bola sepak negara apabila Skuad muda bimbingan K Rajagobal berjaya menewaskan Indonesia sebanyak tiga gol tanpa bolos. Skaligus membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik final AFF Piala Suzuki 29 dec nanti di Jakarta.

Thursday, November 25, 2010

Keramat Emas Ke-9

Pasukan Skuasy Wanita berjaya memburu misi 9 emas Kontijen Malaysia apabila menang 2-0 keatas Hong Kong. Nicol David memastikan mata pertama Malaysia selepas menewaskan lawannya Anie Au. Wee Wern pula menewaskan Rebecca Chiu pada perseorangan kedua.
Syabas dan Tahniah!!!

Puvaneswaran Turut Membanggakan

R Puvaneswaran membanggakan kita apabila turut tidak ketinggalan menyumbangkan emas berharga buat Malaysia dalam acara 55kg Kumite Lelaki. Ini adalah emas ke-8 negara dalam Sukan Asia Guangzhou. Beliau menewaskan atlet dari Arab Saudi dalam pertandingan yang begitu agresif.
Syabas dan Tahniah!!!

Karate Emas ke-7 Malaysia

Ku Jin Keat menjadi atlet pertama Malaysia memenangi emas Sukan Asia dalam acara Kata Individu Lelaki sukan karate yang sebelum ini didominasi oleh Jepun. Dengan kemenangan 3-2 selepas menewaskan Oki Itaru dari Jepun. Selepas memenangi gangsa di Sukan Asia Busan pada 2002, Jin Keat juga memenangi perak di Doha 2006.
Syabas dan Tahniah!!!

Hoki Wanita Tempat ke-5

Skuad hoki wanita negara sekadar di tempat ke-5 apabila menewaskan Thailand 3-0. Walaupun gagal ke separuh akhir, tetapi mereka masih berpeluang untuk ke Sukan Olimpik dalam pusingan kelayakan akan datang.
Malaysia Boleh!!!

Hoki Masuk Final

Alhamdulillah selepas menewaskan India yang juga pemenang emas Komanwel 2010 dengan jaringan 4-3 di masa tambahan 'sudden-death'. Walaupun dua kali ketinggalan, Malaysia berjaya menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan kilauan pingat untuk layak ke final Sukan Asia buat pertama kalinya dalam sejarah sukan hoki.
Syabas dan Tahniah!!!

Emas ke-6 dari Alex Liew

Selepas mengumpul 5,448 jatuhan pin secara individu melalui acara perseorangan, bergu, trio dan berpasukan, pemain boling negara menjadi wira negara apabila merangkul emas dalam acara all-events. Alex Liew juga memenangi Emas dalam acara bergu, dan perak berpasukan.
Tahniah!!!

Sunday, November 21, 2010

Azlan Membanggakan

Pemain perseorangan skuasy negara Mohd Azlan Iskandar menghadiahkan emas ke-5 di Sukan Asia. Azlan menewaskan lawannya Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-6, 11-7, 11-6.
Tahniah dan Syabas!!!

Ratu Skuasy Rangkul Emas

Ratu skuasy negara Nicol Ann David berjaya merangkul emas ke-4 buat Malaysia di Sukan Asia Guangzhou. Nicol menang dalam pertandingan akhir acara perseorangan wanita selepas menewaskan Anie Au dari Hong Kong 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.
Syabas dan tahniah!!!

Thursday, November 18, 2010

Bowling Berpasangan Emas ke-3

Selepas mengumpul mata tertinggi dalam acara boling berpasangan lelaki, Alex Liew dan Andrian Ang berjaya memenangi emas ke-3 buat Malaysia. Pasangan itu berjaya mengumpul 2711 jatuhan pin.
Tahniah!!!

Azizul Juara Keirin


Mohd Azizul Hasni Awang berjaya menghadiahkan emas ke-2 buat kita selepas menjuarai lumba basikal trek acara keirin individu lelaki. Ini adalah emas bermakna buatnya selepas emas di komanwel lepas dinafikan oleh pihak penganjur. Lebih manis lagi, Josiah Ng berada ditempat ke-2 sekaligus kemenangan 1-2 dalam acara ini.

Syabas dan tahniah!!!

Wusyu Emas Pertama Sukan Asia

Chai Fong Ying berjaya memenangi emas pertama Malaysia selepas 3 hari Sukan Asia berlangsung. Dalam acara tajiquan dan tajijian Fong Ying telah mengumpul markah tertinggi iaitu 19.39 mata.
Tahniah!!!

Pingat Pertama Dari Nur Suryani

Penembak negara Nur Suyani Mohd Taibi berjaya mendapatkan pingat pertama Malaysia pada hari pertama Temasya Sukan Asia kali ke16. Selepas berjaya mengumpul 501.8 mata acara Air Rifle 10m Individu. Walaupun gangsa, kita harus berbangga kerana Malaysia bukanlah pilihan dalam acara ini.
Tahniah!!!

Tuesday, November 16, 2010

Takbir Raya

Allahu Akhbar, Allahu akhbar, Allahu Akhbar


Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, Walillahilham.

Salam aidiladha buat ayah dan mak serta seluruh keluarga di Kampung Kondok dan Klang, keluarga mertua di Melor, rakan-rakan dan semua umat Islam. Kita digalakkan untuk bertahmid, berzikir dan bertasbih sepanjang Hari Raya Aidiladha. Disini saya ingin berkongsi apakah perkara-perkara sunat yang lain dari petikan sebuah blog. Marilah kita manfaatkannya bersama.


Sunday, October 31, 2010

Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010



Kejayaan Skuad Red Warrior menjulang Piala Malaysia buat julung kalinya selepas cubaan kali ke-4. Sekaligus menjadi pasukan ke-14 berjaya membawa pulang Piala Malaysia yang telah dipertandingkan sejak tahun 1921. Walaupun ketinggalan 1 gol di babak pertama hasil sepakan penalti oleh Shahurain pada minit ke18, Red Warrior telah menunjukkan kesungguhan untuk mencari gol penyamaan. Usaha itu berhasil apabila Hairudin Omar berjaya menterjemahkan pada minit ke-57. Benteng Skuad Rusa semakin rapuh selepas kapten pasukan terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan. Kesempatan itu diambil sebaiknya oleh Badhri yang mendapat lambungan bola yang cantik seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-64. Walaupun Skuad Rusa berusaha mendapatkan gol penyamaan, namun gagal di realisasikan sehingga wisel penamat berbunyi.
Tahniah dan Syabas!!!

Saturday, October 30, 2010

Skuad Rusa Memburu Piala Malaysia 2010


Alhamdulillah, Skuad Rusa akan memburu kejuaraan Piala Malaysia edisi 2010 pada malam ini selepas berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun lepas, malam ini lawan yang sama iaitu Red Warrior menanti untuk perlawanan akhir di Stadium Nasioanal Bukit Jalil. Lawan yang cukup hebat apabila berjaya menumbangkan Red Giant diperingkat suku akhir dan juga berjaya menjinakkan Kenari pada peringkat separuh akhir.
Semoga Skuad Rusa akan terus menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-3 pada tahun ini. InsyaAllah.

Friday, October 15, 2010

Sukan Komanwel Delhi 2010


Sukan Komanwel kali ke-19 telah pun melabuhkan tirainya. Begitu banyak catatan dan memori yang kita perolehi. Baik dari segi penganjurannya mahupun kecemerlangan atlet negara, kita sepatutnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana kepuasan dan kejayaan Malaysia yang membawa pulang pingat emas tertinggi dalam sejarah Sukan Komanwel setakat ini. Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah berusaha keras bagi memastikan kilauan pingat untuk negara menunjukkan peningkatannya.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur kejohahan kerana menyediakan laman sesawang yang begitu terkini laporannya. Tidak lupa kepada Astro Arena, Berita Harian Online, Utusan Online, para wartawan dan juru gambar , serta semua yang terlibat dalam menyampaikan info terbaik dan terkini bagi rujukan dan makluman untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Semoga sukan di Malaysia terus berkembang dan meningkat kecemerlangan di persada antarabangsa.
Walaupun berada ditangga ke-7, kita sebenarnya meningkat dari segi pungutan pingat emas, perak dan juga gangsa. Cuma apa yang perlu MSN, MOM serta Kementerian Belia dan Sukan lakukan ialah bagaimana untuk terus maju dan maju kehadapan dengan kecemerlangan agar setiap kali menyertai kejohanan dan pertandingan kita mengukir kejayaan dan bukan sekadar menyertai semata-mata. Yang sebenarnya, rakyat Malaysia mempunyai potensi dalam setiap lapangan yang diceburi mengikut kelebihan masing-masing. Cuma bakat yang ada perlulah digilap sebaiknya, dilatih sewajarnya, agar masa depan sukan negara akan terus berada diatas suatu ketika kelak. Kita mampu bersaing Thailand untuk sukan SEA, kita mampu bersaing China untuk sukan Asia, begitu juga Australia untuk Sukom, seterusnya mampu bersaing dengan Amerika dan Rusia serta China untik Olimpik, kerana kita dilahirkan juga sebagai JUARA.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Malaysia Boleh!!!
Melethop!!!

Thursday, October 14, 2010

Beregu Lelaki Tunai Janji Untuk Emas Ke-12

Gandingan Kien Kiat dan Boon Heng meneruskan koleksi emas negara dalam sukan Komanwel ke 19 kali ini selepas menewaskan pasangan dari England 21-19, 21-14. Ini membuktikan Malaysia adalah kuasa badminton Komanwel selepas menggondol 4 emas setakat ini dari 6 pingat emas dipertandingkan.
Melethop!!!

Kilauan Emas Ke-11


Badminton terus menjadi lubuk mendulang emas bagi Malaysia selepas Lee Chong Wei memenangi acara perseorangan dengan mengalahkan pemain dari England 21-10, 21-8.
Selepas Rashid Sidek menjadi juara berganda dalam acara yang sama 20 tahun lalu iaitu pada 1990 dan 1994, Chong Wei turut melakar sejarah yang sama selepas memenanginya pada 2006 dan 2010.
Tahniah dan Syabas!!!

Gimnastik Turut Menyumbang Emas


Asyik kita tertumpu di gelanggang badminton, Elaine Koon selaku gimnas negara berjaya membuat juri menghadiahkan Emas buatnya dalam acara Gelung.

Malaysia Boleh!!!

Beregu Campuran Emas ke-9


Hari ini Kontijen Malaysia mempertaruhkan 4 emas seandainya kesemua acara akhir badminton berjaya direbut. Emas terawal untuk hari terakhir Sukan Komanwel ke 19 ini berjaya diterjemahkan oleh beregu campuran gandingan Kien Keat dan Eei Hui. Walaupun bukan pasangan pilihan, mereka berjaya menyumbangkan emas setelah menewaskan gandingan dari England 22-20, 21-12.
Tahniah!!!

Emas Ke-8 Malaysia


Penantian emas selepas dua hari gagal di terjemahkan oleh Kontijen Malaysia, hari ke-11 menjadi jawapan untuk Malaysia terus mengejar emas yang dipertandingkan.
Bibiana Ng berjaya dalam acara 10m pistol udara wanita selepas mengumpul mata tertinggi iaitu sebanyak 481.9mata.
Syabas!!!

Monday, October 11, 2010

Terjunan Emas ke-7

Selepas berjaya menyumbangkan perak semalam, Pandelela Rinong berjaya menghadiahkan Emas buat Malaysia di hari ke-8 Sukan Komanwel New Delhi bagi acara Terjun 10m Platform dengan jumlah mata yang terkumpul sebanyak 371.05 mata..
Tahniah!!!

Bidikan Emas ke-6


Hanya pasangan penembak wanita berjaya menyumbangkan emas buat Malaysia dihari ke-6 Sukom 2010 kali ini selepas Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ayuni Halim berjaya mengutip mata tertinggi iaitu sebanyak 793mata dalam acara air rifle 10m. Ini adalah kali ke-2 Malaysia Berjaya merangkul emas dalam acara tersebut 12 tahun lepas. Syabas!!!

Friday, October 8, 2010

Badminton Beri Emas ke-5


Pasukan badminton Malaysia berjaya memenangi pingat emas ke-5 buat negara selepas menewaskan pasukan tuan rumah India 3-1.
Sehingga 2pagi tadi, Malaysia berjaya mengumpul 5 emas, 5 perak dan 6 gangsa ditempat ke-7 keseluruhan sebelum hari keenam kejohanan bermula pagi nanti.
Syabas!!!

Emas ke 4 dari Squash

Pada hari kelima Malaysia mendapat pingat emas ke-4 selepas Nicol David berjaya diperlawanan akhir squash wanita menewaskan pemain dari England. Tahniah!!!

Perak Hilang Di Hari Ketiga


Mohd Azizul Hasni terlepas emas setelah beliau didakwa melanggar peraturan pertandingan. Walaubagaimanapun Josiah Ng di hadiahkan emas setelah mendapat tempat kedua dalam persaingan akhir acara keirin.

Syabas kepada mereka!!!


Emas ke-2 Malaysia


Aricco Jumith memberi emas ke-2 setelah berjaya dalam acara angkat berat kategori 62kg pada hari ke 2 Sukan Komanwel 2010. Rakan seperjuangan Aricco, Naharudin Mahayudin berjaya meletakkan Malaysia sebagai kontigen terbaik untuk mendominasi 1-2 acara tersebut.

Tahniah Aricco dan Naharudin!!!

Amirul Hamizan Angkat Emas Pertama Komanwel 2010


Alhamdulillah, pada hari pertama Sukan Komanwel Amirul Hamizan Ibrahim berjaya mengangkat emas pertama buat Malaysia dalam acara angkat berat 56kg lelaki. Beliau berjaya mengangkat 116kg dalam disiplin snatch, dan 141kg dalam disiplin clean and jerk, seterusnya mengumpul angkatan berjumlah 257kg. Tahniah Amirul Hamizan!!!

Thursday, September 9, 2010

Salam AidilFitri

Salam Aidifitri Minal Aidin Wal Faizin. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat keluarga yang tersayang di Kampung Kondok, Nilai; atuk dan uwan di Felda LBJ dan di Sungai pinang. Juga untuk keluarga yang dirindui di Melor. Tidak lupa kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan dan kenalan. Mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Sunday, August 22, 2010

Surah Al Kahfi (سورة الكهف)

Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Suka saya berkongsi beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi :-
Sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua jumaat".
HR Al-Hakim
Sabda Nabi saw, "Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari gangguan dajjal"
HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud
Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut".
HR Ahmad, Bukhari, Muslim
والله أعلم

Saturday, July 31, 2010

Palestin


Masih ingatkah kita dengan konvoi keamanan dan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza pada Jun lepas yang telah diserang oleh tentera Israel? Saudara seakidah kita disana benar-benar memerlukan bantuan dan sokongan kita dari segenap aspek untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan bumi suci itu dari terus dinodai oleh Israel laknatullah.

Walaupun terdapat kapal yang telah disekat dan diserang dalam perjalanan menghantar bantuan, kita semua seharusnya terus cekal, tabah dan tidak gentar untuk meneruskan misi untuk membantu dan membina semula negara yang telah ditindas itu. Seperti yang kita sedia maklum, konvoi pada bulan Jun 2010 yang membawa pelbagai barangan dan bantuan untuk kegunaan harian seperti makanan dan pakaian, kelengkapan perubatan serta peralatan untuk pembinaan sekolah dan hospital tidak selamat sampai ke tangan rakyat Palestin dengan sempurna. Pelbagai rintangan dan kesulitan telah ditempuh untuk membawa amanah kita sebagai penderma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Sesungguhnya kita sebagai umat Islam berkewajipan untuk terus menderma dan bersedekah kerana sukarelawan kita akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat di Palestin. Sekurang-kurangnya dengan sedekah yang kita berikan walau sebanyak manapun pada setiap bulan akan menambah dana yang diperlukan oleh beberapa badan amal dan pertubuhan sukarelawan. Suka saya ingatkan, dengan bersedekah kita akan mendapat berbagai ganjaran dan faedah dihari esok dan dikemudian hari. Antaranya ialah, sedekah itu akan menambah keimanan kita terhadap Allah SWT, sedekah juga akan menghapuskan dosa-dosa kita, dan sedekah itu akan menambahkan rezeki kerana keberkatannya. Di akhirat kelak, apabila ditanya ‘’Apakah sumbangan kamu terhadap mereka yang telah menzalimi saudara seakidah kamu?” Sekurang-kurangnya ada berita gembira hasil keikhlasan kamu khabarkan bahawa kamu ketika hayat di bumi ini ada memberi sedekah walaupun tidak bertarung nyawa di bumi Palestin.

Dalam ajaran islam ada menganjurkan agar membuat kebaikan dan tolong-menolong dalam perkara kebajikan.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya".

Ayat 2, Surah Al-Maidah.



Senarai dibawah adalah sebahagian dari puluhan akaun untuk Dana Palestin :

Tabung Palestin Haluan
BIMB : 14-02301-003429-2
Maybank : 5644 9020 8528

Tabung Kemanusiaan Harakah
akaun Bank Islam: 1406 9010 0212 98

Tabung Gaza – MAPIM
Bank Islam : 0801 3010 0758 20

Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap)- Islamic Relief Malaysia Berhad
akaun Maybank : 5621- 4270-8704
akaun CIMB : 1259-0000- 8040-58

Aman Palestin Berhad
Bank Islam (M) Berhad: 1202 9010 0478 80
Maybank (M) Berhad: 5622 6301 0787

Dana Palestin Perak
Bank Islam : 0801 3010 0682 81

Amal Malaysia
MBB 5530 1012 2090

Aqsa Syarif Bhd.
Mbb : 5515 7500 4299

Saturday, May 15, 2010

Piala Sultan Azlan Shah

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah kali ke-19 sedang berlangsung ketika ini di Perak. 7 pasukan telah pun menghabiskan kesemua perlawanan peringkat Liga. Apa yang menarik, kejayaan Malaysia dengan menewaskan India 5-2, harus diberi pujian. Seperti yang kita ketahui India merupakan pasukan yang handal dalam arena hoki dunia. Setelah berjaya memenangi 3 perlawanan, 2 seri dan hanya tewas sekali dalam enam pertemuan bagi berebut kejuaraan, Malaysia terpaksa berpuas hati ditangga ke-4 setelah berkongsi mata yang sama dengan 2 pasukan lain yang hanya dengan perbezaan gol.
Penentuan Kejuaraan akan ditentukan antara India dan Korea pada hari ini, manakala Malaysia akan turun menetang Australia bagi perlawanan penentuan tempat ketiga. Harapan rakyat Malaysia sudah pasti mahu memenangai perlawan itu nanti setelah tewas diperingkat liga. Sama-samalah kita berdoa dan memberi sokongan agar kejmenangan dapat dicapai petang nanti.

Friday, May 14, 2010

PIALA THOMAS : MALAYSIA BOLEH!!



Alhamdulillah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Itulah yang telah pasukan badminton kita hadapi dalam menghadapi cabaran Piala Thomas setelah tewas mengejut diperingkat kumpulan kepada pasukan bukan pilihan, Jepun. Walaupun menjadi naib juara peringkat kumpulan, kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menjuarai Piala Thomas. Layak ke peringkat separuh akhir adalah satu kejayaan kerana berjaya menewaskan Denmark di peringkat suku akhir.

Mengalahkan pasukan lawan diperingkat kalah mati adalah satu matlamat yang perlu ada pada setiap pemain dalam pasukan Malaysia. Pengurus dan jurulatih pasukan perlulah menjalankan tugas mereka bagi merancang strategi dalam memburu kejuaran. Percaturan menamakan pemain dalam setiap perlawanan akan membawa kejayaan yang diidamkan seluruh rakyat Malaysia. Saya percaya mereka telah membuat penilaian dan keputusan yang terbaik dalam persediaan meruntuhkan tembok China bagi meneruskan perjuangan menjuarai Piala Thomas.

Sama-samalah kita berdoa dan menyokong agar pasukan kesayangan kita berjaya dipuncak merebut Piala Thomas. Segala-galanya bermula dari penetapan fikiran “mind set”. Jika berfikir boleh, kita boleh lakukan. Jika kita ragu-ragu, usaha tidak akan menentu. Percaya apa yang kau lakukan, fikirkan BOLEH, fikirkan BOLEH. Malaysia Boleh!!!

Saturday, April 10, 2010

Skuad Rusa Juara Piala FA


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Tahniah diucapkan kepada Negeri Sembilan kerana berjaya membawa pulang Piala FA untuk musim 2010. Tuah untuk menjulang Piala FA lebih memihak kepada Skuad Rusa apabila permainan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti sehingga tendangan kali ke 7. Rezal Zambery Yahya selaku ketua pasukan muncul wira apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti didalam keadaan yang begitu genting selepas 2 kali tendangan penalti gagal disasarkan tepat ke gawang gol. Sani Anuar Kamsani harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan sepakan Mat Sabre Abu bagi memastikan kemenangan mutlak milik Skuad Rusa.

Walaupun gagal menjulang kejuaraan, pasukan Kedah juga harus menerima pujian dan syabas kerana memberi persembahan yang baik semasa perlawanan 120minit berlangsung. Seharusnya bagi mereka yang mengambil sepakan penalti perlu lebih tenang, kosentrasi dan yakin untuk memastikan sepakan yang diambil tepat agar masuk kedalam gol. Perasaan gugup dan berdebar tidak sepatutnya berada dalam diri seseorang yang diamanahkan untuk mengambil sepakan penalti. Kegagalan mengawal perasaan akan menyebabkan sepakan menjadi tersasar dan melambung tinggi. Mental dan psikologi yang positif akan memastikan gol yang dicari dapat dihasilkan.

Friday, April 9, 2010

Hobin Jang Hobin...

Seperti yang kita sedia maklum malam ini adalah malam yang pasti ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Malaysia terutama sekali peminat bola sepak. Mampukan Skuad Rusa membawa pulang Piala FA, sudah pasti dengan keyakinan serta semangat yang tinggi mereka akan pulang dengan penuh bergaya. Turun sebagai Gelaran Juara Piala Malaysia, sudah pasti akan menggerunkan pasukan lawan. Jangan takut dengan lawan seandainya maruah dijulang. Tetapi perlu bersedia dan mengatur strategi untuk memecahkan benteng pertahanan bagi mendapatkan kejuaraan. Kami berdoa agar Skuad Rusa akan bergelar Juara Piala FA 2010.

Saturday, March 20, 2010

Islam Hadhari

Masih ingatkah kita dengan ungkapan agung ini. Kita seharusnya memahami dan menghayati ungkapan ini bagi membantu kita menjadi seorang yang cemerlang lagi bertaqwa. Islam merupakan agama yang diwahyukan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah ajaran agama Islam ini sempurna dan praktikal. Islam bukan sahaja agama yang menyuruh kita beramal soleh untuk bekalan di hari akhirat, tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan di dunia yang sementara ini.

Hadhari adalah kata lain bagi tamadun. Dalam ketamadunan terdapat beberapa elemen utama yang menggambarkan kesempurnaan sesebuah masyarkat yang gemilang. Dalam KBSM subjek Sejarah tingkatan 4 ada membincangkan mengenai ketamadunan. Bahasa Penghantar, Kerajaan Bersistematik, Ekonomi dan Senibina adalah antara elemen yang membentuk ketamadunan sesebuah masyarakat.

Gabungan Islam Hadhari akan mengembalikan kehidupan kita kepada lebih mantap dalam segenap aspek berbanding sebelum ini yang mungkin kita sendiri memisahkan antara duniawi dan ukhrawi. Adalah menjadi satu kerugian yang amat besar seandainya kita hanya mempersiapkan diri untuk bersaing dalam kehidupan di dunia ini dan ketinggalan mengumpul bekalan untuk dikemudian hari. Sabda Rasulullah SWT:-

"Siapa yang mahukan dunia maka hendaklah berilmu, siapa yang mahukan akhirat hendaklah berilmu, dan siapa yang mahukan kedua-duanya sekali hendaklah denagn ilmu."
Riwayat Al Bahari Wamuslim.
Berdasarkan hadith diatas, ini membuktikan kejayaan dan kecemerlangan didunia, bukanlah penghalang untuk kita menjadi ahli syurga Allah SWT kelak. Semua itu adalah pilihan atas diri kita sendiri. Marilah kita bersama-sama membina Islam Hadhari yang telah diperjuangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG adalah matlamat yang harus kita sematkan dalam jiwa kita agar menjadi pelopor dalam setiap lapangan yang kita ceburi.
Hari berganti hari,
Zaman berberubah maju kehadapan,
Walau berganti Perdana Menteri,
Jangan tinggalkan yang diperjuangkan.

Saturday, March 13, 2010

Melangkau Lebih Jauh Maju Kehadapan

Alhamdulillah.
Dengan izin dan limpah kurnia Allah swt dapatlah saya memulakan penulisan blog ini yang sekian lama saya inginkan. Dengan niat ingin berkongsi sedikit sebanyak dan mengajak kepada mereka yang singgah disini untuk memperbaharui minda yang mungkin statik sejak sekian lamanya.

"... sesungguhnyab Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
Potongan sebahagian ayat dari Surah Ar-Ra'd.
Bermula dengan penilaian terhadap diri kita sendiri, apakah perubahan yang berlaku terhadap kita sejak 5 tahun kebelakang ini. Dan apa pula perancangan kita untuk 5 tahun kehadapan.
Sebagai contoh, kalau dahulu kita hanya mempunyai pekerjaan dengan kelayakan pendidikan yang kita ada, sudah tentu kita inginkan pula pekerjaan yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau dahulu kita sekadar bermotosikal, sudah tentu kita inginkan kenderaan atau kereta yang lebih selesa dan selamat berbanding sebelumnya. Kalau dahulu kita menumpang atau menyewa, akan datang kita tentu mahukan kediaman sendiri yang tersergam indah. Kalau dahulu kita hidup bersendirian, sudah pasti kita mahukan kehidupan berkeluarga pula. Itulah fitrah manusia normal yang inginkan kemajuan, kesempurnaan dan kejayaan dalam hidup mereka.
Dengan penilaian yang kita lakukan terhadap diri kita sendiri, insyaAllah akan berlaku kemajuan dan peningkatan dalam segenap hayat kita. "Hari ini adalah perjuangan, esok adalah harapan, lusa adalah kemenangan".