SSPN-i

Sunday, September 15, 2013

ALTEL

ALTEL menjadi penyedia telekomunikasi yang baru setelah menjalinkan kerjasama pintar bersama Celcom Axiata Berhad dan telah dilancarkan pada 30 Julai 2013. Syarikat yang bernaung dibawah Kumpulan Al-Bukhari ini akan menyediakan rangkaian 4G setelah mendapat geran
Spektrum 2600MHz Evolusi Jangka Panjang (LTE) oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM). Sama-sama kita sertai syarikat ini sebagai pilihan Utama.

Sunday, August 25, 2013

#R4BIA

 

Simbol 4 jari atau dikenali sebagai #R4BIA berlatarbelakangkan warna kuning digunakan oleh penyokong Presiden Dr. Mursi sebagai bentuk solidariti. Ia juga merupakan tanda keperihatinan kita serta bagi menimbulkan kesedaran masyarkat antarabangsa khususnya terhadap pergolakan atau krisis di Mesir ketika ini.
 
Rabi'ah/arba'ah dalam bahasa Arab bermaksud empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstrasi Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Seterusnya telah menjadi ikon untuk peristiwa di Rabi'ah.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdagon mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras kekejaman yang dilakukan tentera junta yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
 

Friday, May 17, 2013

Hadith Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW... serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat?
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut )
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang bertanya tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
 
(Riwayat Muslim)

Monday, April 22, 2013

Hadith Pertama


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :
" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)