SSPN-i

Friday, January 14, 2011

Rahbanun Fil Lail, Wa Fursan Fin Nahar


Rahbanun fil lail, wa fursan fin nahar yakni menjadi rahib di malam hari, singa di siang hari. Ini adalah ungkapan yang sepatutnya tersemat di dalam sanubari setiap anak bangsa Melayu untuk lebih maju kehadapan, bermotivasi serta pemangkin kejayaan. Setiap ungkapan mudah menggambarkan ciri-ciri yang menyeluruh seterusnya membawa diri sendiri setakuk ke atas, selangkah kehadapan.
Setiap dari kita mempunyai impian untuk berjaya. Baik cemerlang dalam pelajaran dan akademik seterusnya hebat di tempat kerja juga tersohor dalam industri usahawan dan perniagaan yang kita ceburi. Tetapi tidak lengkap seandainya suruhan Allah kita terlanjur, solat pula tidak dijaga, halal-haram kita lalai, bekalan akhirat kita abaikan. Bukankah kejayaan itu perlu bersama-sama dunia dan akhirat.

Bagi melancarkan aktiviti harian bermula celik mata hingga ke malam, perancangan seharian perlu kita lakukan agar ia menjadi panduan untuk hari itu. Bangun dan mandi sebelum waktu subuh untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sementara menunggu masuk waktu, membaca Al-Quran sekadar sempat dan mampu. Kemudian membaca al-mathurat selepas solat subuh. Bersarapan sebelum memulakan tugasan harian. Niat agar segala kerja hari ini dirahmati dan diberkati Allah. Bersemangat dan bermotivasi dalam mencari rezeki. Semasa mencari rezeki, digalakkan supaya bersungguh-sungguh kerana penat orang yang bekerja mencari rezeki dapat menghapuskan dosa apabila ia pulang ke rumah. Tatkala berkesempatan, pergilah bersukan atau beriadah di waktu petang. Kerana ia memberi kesihatan yang baik dan membawa kecergasan. Harus diingatkan badan yang sihat menjamin prestasi hidup yang bekualiti. Waktu maghrib disarankan solat secara jemaah bersama keluarga dirumah. Selesai solat, duduk bersama bagi menghayati sebuah hadith. Berkemungkinan, ramai diantara kita mempunyai urusan perniagaan di malam hari dan akan pulang pada lewat malamnya. Tetapi itu bukanlah halangan untuk kita bangun bertahajjud ditengah malam. Yang penting niat untuk melakukannya.

Inilah contoh ringkas pengisian kita sebagai hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment