-- nuffnang -->

Saturday, July 31, 2010

Palestin


Masih ingatkah kita dengan konvoi keamanan dan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza pada Jun lepas yang telah diserang oleh tentera Israel? Saudara seakidah kita disana benar-benar memerlukan bantuan dan sokongan kita dari segenap aspek untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan bumi suci itu dari terus dinodai oleh Israel laknatullah.

Walaupun terdapat kapal yang telah disekat dan diserang dalam perjalanan menghantar bantuan, kita semua seharusnya terus cekal, tabah dan tidak gentar untuk meneruskan misi untuk membantu dan membina semula negara yang telah ditindas itu. Seperti yang kita sedia maklum, konvoi pada bulan Jun 2010 yang membawa pelbagai barangan dan bantuan untuk kegunaan harian seperti makanan dan pakaian, kelengkapan perubatan serta peralatan untuk pembinaan sekolah dan hospital tidak selamat sampai ke tangan rakyat Palestin dengan sempurna. Pelbagai rintangan dan kesulitan telah ditempuh untuk membawa amanah kita sebagai penderma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Sesungguhnya kita sebagai umat Islam berkewajipan untuk terus menderma dan bersedekah kerana sukarelawan kita akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat di Palestin. Sekurang-kurangnya dengan sedekah yang kita berikan walau sebanyak manapun pada setiap bulan akan menambah dana yang diperlukan oleh beberapa badan amal dan pertubuhan sukarelawan. Suka saya ingatkan, dengan bersedekah kita akan mendapat berbagai ganjaran dan faedah dihari esok dan dikemudian hari. Antaranya ialah, sedekah itu akan menambah keimanan kita terhadap Allah SWT, sedekah juga akan menghapuskan dosa-dosa kita, dan sedekah itu akan menambahkan rezeki kerana keberkatannya. Di akhirat kelak, apabila ditanya ‘’Apakah sumbangan kamu terhadap mereka yang telah menzalimi saudara seakidah kamu?” Sekurang-kurangnya ada berita gembira hasil keikhlasan kamu khabarkan bahawa kamu ketika hayat di bumi ini ada memberi sedekah walaupun tidak bertarung nyawa di bumi Palestin.

Dalam ajaran islam ada menganjurkan agar membuat kebaikan dan tolong-menolong dalam perkara kebajikan.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya".

Ayat 2, Surah Al-Maidah.



Senarai dibawah adalah sebahagian dari puluhan akaun untuk Dana Palestin :

Tabung Palestin Haluan
BIMB : 14-02301-003429-2
Maybank : 5644 9020 8528

Tabung Kemanusiaan Harakah
akaun Bank Islam: 1406 9010 0212 98

Tabung Gaza – MAPIM
Bank Islam : 0801 3010 0758 20

Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap)- Islamic Relief Malaysia Berhad
akaun Maybank : 5621- 4270-8704
akaun CIMB : 1259-0000- 8040-58

Aman Palestin Berhad
Bank Islam (M) Berhad: 1202 9010 0478 80
Maybank (M) Berhad: 5622 6301 0787

Dana Palestin Perak
Bank Islam : 0801 3010 0682 81

Amal Malaysia
MBB 5530 1012 2090

Aqsa Syarif Bhd.
Mbb : 5515 7500 4299

No comments:

Post a Comment