SSPN-i

Friday, October 15, 2010

Sukan Komanwel Delhi 2010


Sukan Komanwel kali ke-19 telah pun melabuhkan tirainya. Begitu banyak catatan dan memori yang kita perolehi. Baik dari segi penganjurannya mahupun kecemerlangan atlet negara, kita sepatutnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana kepuasan dan kejayaan Malaysia yang membawa pulang pingat emas tertinggi dalam sejarah Sukan Komanwel setakat ini. Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah berusaha keras bagi memastikan kilauan pingat untuk negara menunjukkan peningkatannya.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur kejohahan kerana menyediakan laman sesawang yang begitu terkini laporannya. Tidak lupa kepada Astro Arena, Berita Harian Online, Utusan Online, para wartawan dan juru gambar , serta semua yang terlibat dalam menyampaikan info terbaik dan terkini bagi rujukan dan makluman untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Semoga sukan di Malaysia terus berkembang dan meningkat kecemerlangan di persada antarabangsa.
Walaupun berada ditangga ke-7, kita sebenarnya meningkat dari segi pungutan pingat emas, perak dan juga gangsa. Cuma apa yang perlu MSN, MOM serta Kementerian Belia dan Sukan lakukan ialah bagaimana untuk terus maju dan maju kehadapan dengan kecemerlangan agar setiap kali menyertai kejohanan dan pertandingan kita mengukir kejayaan dan bukan sekadar menyertai semata-mata. Yang sebenarnya, rakyat Malaysia mempunyai potensi dalam setiap lapangan yang diceburi mengikut kelebihan masing-masing. Cuma bakat yang ada perlulah digilap sebaiknya, dilatih sewajarnya, agar masa depan sukan negara akan terus berada diatas suatu ketika kelak. Kita mampu bersaing Thailand untuk sukan SEA, kita mampu bersaing China untuk sukan Asia, begitu juga Australia untuk Sukom, seterusnya mampu bersaing dengan Amerika dan Rusia serta China untik Olimpik, kerana kita dilahirkan juga sebagai JUARA.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Malaysia Boleh!!!
Melethop!!!

1 comment: