SSPN-i

Thursday, November 25, 2010

Keramat Emas Ke-9

Pasukan Skuasy Wanita berjaya memburu misi 9 emas Kontijen Malaysia apabila menang 2-0 keatas Hong Kong. Nicol David memastikan mata pertama Malaysia selepas menewaskan lawannya Anie Au. Wee Wern pula menewaskan Rebecca Chiu pada perseorangan kedua.
Syabas dan Tahniah!!!

Puvaneswaran Turut Membanggakan

R Puvaneswaran membanggakan kita apabila turut tidak ketinggalan menyumbangkan emas berharga buat Malaysia dalam acara 55kg Kumite Lelaki. Ini adalah emas ke-8 negara dalam Sukan Asia Guangzhou. Beliau menewaskan atlet dari Arab Saudi dalam pertandingan yang begitu agresif.
Syabas dan Tahniah!!!

Karate Emas ke-7 Malaysia

Ku Jin Keat menjadi atlet pertama Malaysia memenangi emas Sukan Asia dalam acara Kata Individu Lelaki sukan karate yang sebelum ini didominasi oleh Jepun. Dengan kemenangan 3-2 selepas menewaskan Oki Itaru dari Jepun. Selepas memenangi gangsa di Sukan Asia Busan pada 2002, Jin Keat juga memenangi perak di Doha 2006.
Syabas dan Tahniah!!!

Hoki Wanita Tempat ke-5

Skuad hoki wanita negara sekadar di tempat ke-5 apabila menewaskan Thailand 3-0. Walaupun gagal ke separuh akhir, tetapi mereka masih berpeluang untuk ke Sukan Olimpik dalam pusingan kelayakan akan datang.
Malaysia Boleh!!!

Hoki Masuk Final

Alhamdulillah selepas menewaskan India yang juga pemenang emas Komanwel 2010 dengan jaringan 4-3 di masa tambahan 'sudden-death'. Walaupun dua kali ketinggalan, Malaysia berjaya menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan kilauan pingat untuk layak ke final Sukan Asia buat pertama kalinya dalam sejarah sukan hoki.
Syabas dan Tahniah!!!

Emas ke-6 dari Alex Liew

Selepas mengumpul 5,448 jatuhan pin secara individu melalui acara perseorangan, bergu, trio dan berpasukan, pemain boling negara menjadi wira negara apabila merangkul emas dalam acara all-events. Alex Liew juga memenangi Emas dalam acara bergu, dan perak berpasukan.
Tahniah!!!

Sunday, November 21, 2010

Azlan Membanggakan

Pemain perseorangan skuasy negara Mohd Azlan Iskandar menghadiahkan emas ke-5 di Sukan Asia. Azlan menewaskan lawannya Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-6, 11-7, 11-6.
Tahniah dan Syabas!!!

Ratu Skuasy Rangkul Emas

Ratu skuasy negara Nicol Ann David berjaya merangkul emas ke-4 buat Malaysia di Sukan Asia Guangzhou. Nicol menang dalam pertandingan akhir acara perseorangan wanita selepas menewaskan Anie Au dari Hong Kong 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.
Syabas dan tahniah!!!

Thursday, November 18, 2010

Bowling Berpasangan Emas ke-3

Selepas mengumpul mata tertinggi dalam acara boling berpasangan lelaki, Alex Liew dan Andrian Ang berjaya memenangi emas ke-3 buat Malaysia. Pasangan itu berjaya mengumpul 2711 jatuhan pin.
Tahniah!!!

Azizul Juara Keirin


Mohd Azizul Hasni Awang berjaya menghadiahkan emas ke-2 buat kita selepas menjuarai lumba basikal trek acara keirin individu lelaki. Ini adalah emas bermakna buatnya selepas emas di komanwel lepas dinafikan oleh pihak penganjur. Lebih manis lagi, Josiah Ng berada ditempat ke-2 sekaligus kemenangan 1-2 dalam acara ini.

Syabas dan tahniah!!!

Wusyu Emas Pertama Sukan Asia

Chai Fong Ying berjaya memenangi emas pertama Malaysia selepas 3 hari Sukan Asia berlangsung. Dalam acara tajiquan dan tajijian Fong Ying telah mengumpul markah tertinggi iaitu 19.39 mata.
Tahniah!!!

Pingat Pertama Dari Nur Suryani

Penembak negara Nur Suyani Mohd Taibi berjaya mendapatkan pingat pertama Malaysia pada hari pertama Temasya Sukan Asia kali ke16. Selepas berjaya mengumpul 501.8 mata acara Air Rifle 10m Individu. Walaupun gangsa, kita harus berbangga kerana Malaysia bukanlah pilihan dalam acara ini.
Tahniah!!!

Tuesday, November 16, 2010

Takbir Raya

Allahu Akhbar, Allahu akhbar, Allahu Akhbar


Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, Walillahilham.

Salam aidiladha buat ayah dan mak serta seluruh keluarga di Kampung Kondok dan Klang, keluarga mertua di Melor, rakan-rakan dan semua umat Islam. Kita digalakkan untuk bertahmid, berzikir dan bertasbih sepanjang Hari Raya Aidiladha. Disini saya ingin berkongsi apakah perkara-perkara sunat yang lain dari petikan sebuah blog. Marilah kita manfaatkannya bersama.