-- nuffnang -->

Qurban

Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah kita meneruskan hidup dimuka bumi ini. Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya, kini 2011 membuka lembaran baru buat kita untuk terus melangkau jauh maju kehadapan dengan berbagai azam dan iltizam, kesungguhan dan semangat serta matlamat yang bakal kita harungi dengan penuh cabaran.
Tahun 2010 amatlah berbahagia bagi diri saya kerana pada tahun itu bulan Jun hari ke-10, dengan izin-Nya saya bergelar seorang suami. Dalam masa yang sama memikul tanggungjawab untuk mengetuai dan membimbing serta membentuk sebuah keluarga bagi mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Lebih manis lagi tahun itu juga Allah menganugerahkan zuriat buat saya dan isteri tersayang insyaAllah akan lahir suku ke-2 tahun ini. Semoga zuriat itu nanti akan menjadi seorang yang soleh lagi bertaqwa, bertanggungjawab dan berdisiplin, kesihatan yang baik dan kesempurnaan fizikal, kecerdasan akal yang tinggi, akhlak terpuji, rajin dan patuh dengan tunjuk ajar yang baik, dimurahkan rezeki serta baik budi pekertinya. InsyaAllah.
Dengan disiplin, harapan dan kesungguhan agar tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dari segi amal dan taqwa, dilimpah rezeki yang halal lagi meluas, mencapai kemajuan dan mendapat kejayaan, dikurniakan kesihatan dan emosi yang baik, masa lapang yang berkualiti, diberikan petunjuk dan hidayah serta mendapat keredhaan dan kesempurnaan hidup sebagai hamba Allah.
Juga dijauhkan dari sebarang kemunduran, kesengsaraan, kemalasan, kegagalan, hutang yang membebankan, penyakit, bencana, azab dan malapetaka serta kemurkaan Mu, dihindari dari sebarang dugaan dan dukacita yang tidak mampu ditanggung, dan diselamatkan dari fitnah dajjal dan gangguan syaitan. Amin Ya Rabbal'alamin.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

No comments:

Post a Comment