-- nuffnang -->

Qurban

Friday, May 1, 2015

Hari Pekerja Sedunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Hari ini adalah Hari Pekerja yang disambut oleh kita semua. Kebanyakan daripada kita mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman kerana ia jatuh pada hari Jumaat. berbanding tahun-tahun sudah, kebanyakan daripada kita hanya duduk sahaja dirumah untuk berehat ataupun beriadah bersama ahli keluarga di taman-taman mahupun berkelah di pantai.

Tahukah anda hari pekerja ini bermula apabila kejayaan Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh dalam permintaan mereka untuk bekerja hanya 8 jam sehari pada tahun 1884 di Kanada dan mula berkuatkuasa pada tahun 1886. Selain itu ia bagi menghargai para pekerja yang telah menyumbangkan tenaga bagi merangsang ekonomi dan sosial melalui kuderat mereka.

Islam sebagai agama universal turut mengiktiraf pekerja dan buruh sebagai ibadah seandainya pekerjaan itu dimulakan dengan Basmalah dan disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Walau apa pangkat kita, tinggi ataupun peringkat bawah, walau besar mana jawatan yang disandang, seandainya kita ikhlas melakukan pekerjaan kita pasti diberi ganjaran pahala. Dan yang lebih penting mendapat keredhaan Allah SWT. Mengapa keredhaan itu begitu besar pada kita? Menurut para alim, keberkatan itu adalah sesuatu yang sempurna. Pendapatan yang kita perolehi akan mencukupi seandainya keberkatan itu kita perolehi. Antara aspek yang perlu kita jaga sebagai pekerja ialah ikhlas melakukan pekerjaan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT dan jujur walau dalam mana-mana situasi. In shaa Allah kita akan dicukupkan walaupun dalam sedikit. Tidak guna banyak yang kita dapat, tetapi tidak jujur kerana itu akan mengurangkan kesempurnaan kita sebagai makhluk.

Sekian, Selamat Hari Pekerja.

No comments:

Post a Comment